‘Walau Ketat Tapi Masih Tutup Au rat..’ – Aprena Manrose Berang Pakaian Jadi Isu, Minta Jangan Libat Bapa

‘Walau Ketat Tapi Masih Tutup Au rat..’ – Aprena Manrose Berang Pakaian Jadi Isu, Minta Jangan Libat Bapa

Pelakon Aprena Manrose meluahkan rasa kecewa terhadap komen segelintir pihak yang suka melibatkan bapanya, Iwan dalam setiap perkara yang dia lakukan.

Katanya, segala perkara yang dia lakukan adalah kehendaknya sendiri dan tiada kena mengena dengan bapanya yang dulu terkenal sebagai Raja Dangdut.

“Saya paling pantang kalau orang melibatkan bapa saya. Kalau saya terima komen macam tu saya akan terus buang.

“Mereka kata saya tak malu ke buat macam-macam hal dan tak fikir pasal bapa saya. Tapi bagi saya segala perkara yang saya lakukan adalah kehendak saya sendiri,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran alat solek Irisa Cosmetic di Black Box, Publica pada Sabtu.

Lansung ditanya mengenai isu gambar yang dikatakan kurang sopan, ini jawapan pelakon tersebut;

“Saya akui baju tersebut sedikit ketat tapi bagi saya, ianya masih menutup aurat.

“Saya terima teguran tersebut tapi yang menjadi persoalan mengapa gambar tersebut juga yang jadi perhatian. Walhal ada lagi yang lebih teruk berbanding saya. Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Aprena kini dalam persiapan untuk melakonkan filem seram pertamanya yang bertajuk Jangan Biar Dia Masuk yang akan memulakan pengambarannya pada Disember ini.

Foto: Aprena Manrose

Siapa Sangka Lagenda Raja Dangdut, Iwan Miliki Anak Perempuan Yang Superb Cantik & Ayu!

Raja Dangdut, Iwan yang kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia dangdut. Sebaliknya, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman bin Wan Yunus kini beralih ke muzik nasyid. Baru-baru ini hebat diperkatakan keayuan dan kecantikan anak perempuannya hasil perkahwinannya dengan aktres popular era 1980-an, allahyarhamah Rosnah Mohd. Noor
Anak- Anak Penyambung Legasi

Meskipun begitu, siapa sangka anak-anak perempuannya kini menyambung legasi Iwan dan Allahyarham isterinya yang juga pelakon popular 80-an, Rosnah Mohd Noor. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

Anak – anak Iwan Dangdut

Kedua-dua anak perempuan Iwan, Wan Shamira Puteri Octavia atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose dan Wan Shahera Puteri Apreena(Apreena Manrose) kini semakin aktif dan popular menerusi slot drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

Sepupu Kepada Adik-Beradik Senrose Dan ‘The Maembong’

Untuk anda yang tidak tahu, adik-beradik Manrose ini juga bersaudara dengan adik-beradik Senrose dan ‘The Maembong‘ di mana ibu mereka adalah adik-beradik dan bapa adik beradik Maembong adalah sepupu ibu mereka.

Tidak dinafikan keluarga besar ini antara nama yang mendominasi drama-drama terkini. Cantik-cantik dorang ni kan..

sumber: maskulin.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *