‘Walau Ketat Tapi Masih Tutup Au rat..’ – Aprena Manrose Berang Pakaian Jadi Isu, Minta Jangan Libat Bapa

‘Walau Ketat Tapi Masih Tutup Au rat..’ – Aprena Manrose Berang Pakaian Jadi Isu, Minta Jangan Libat Bapa

Pelakon Aprena Manrose meluahkan rasa kecewa terhadap komen segelintir pihak yang suka melibatkan bapanya, Iwan dalam setiap perkara yang dia lakukan.

Katanya, segala perkara yang dia lakukan adalah kehendaknya sendiri dan tiada kena mengena dengan bapanya yang dulu terkenal sebagai Raja Dangdut.

“Saya paling pantang kalau orang melibatkan bapa saya. Kalau saya terima komen macam tu saya akan terus buang.

“Mereka kata saya tak malu ke buat macam-macam hal dan tak fikir pasal bapa saya. Tapi bagi saya segala perkara yang saya lakukan adalah kehendak saya sendiri,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran alat solek Irisa Cosmetic di Black Box, Publica pada Sabtu.

Lansung ditanya mengenai isu gambar yang dikatakan kurang sopan, ini jawapan pelakon tersebut;

“Saya akui baju tersebut sedikit ketat tapi bagi saya, ianya masih menutup aurat.

“Saya terima teguran tersebut tapi yang menjadi persoalan mengapa gambar tersebut juga yang jadi perhatian. Walhal ada lagi yang lebih teruk berbanding saya. Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Aprena kini dalam persiapan untuk melakonkan filem seram pertamanya yang bertajuk Jangan Biar Dia Masuk yang akan memulakan pengambarannya pada Disember ini.

Foto: Aprena Manrose

Siapa Sangka Lagenda Raja Dangdut, Iwan Miliki Anak Perempuan Yang Superb Cantik & Ayu!

Raja Dangdut, Iwan yang kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia dangdut. Sebaliknya, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman bin Wan Yunus kini beralih ke muzik nasyid. Baru-baru ini hebat diperkatakan keayuan dan kecantikan anak perempuannya hasil perkahwinannya dengan aktres popular era 1980-an, allahyarhamah Rosnah Mohd. Noor
Anak- Anak Penyambung Legasi

Meskipun begitu, siapa sangka anak-anak perempuannya kini menyambung legasi Iwan dan Allahyarham isterinya yang juga pelakon popular 80-an, Rosnah Mohd Noor. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

Anak – anak Iwan Dangdut

Kedua-dua anak perempuan Iwan, Wan Shamira Puteri Octavia atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose dan Wan Shahera Puteri Apreena(Apreena Manrose) kini semakin aktif dan popular menerusi slot drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

Sepupu Kepada Adik-Beradik Senrose Dan ‘The Maembong’

Untuk anda yang tidak tahu, adik-beradik Manrose ini juga bersaudara dengan adik-beradik Senrose dan ‘The Maembong‘ di mana ibu mereka adalah adik-beradik dan bapa adik beradik Maembong adalah sepupu ibu mereka.

Tidak dinafikan keluarga besar ini antara nama yang mendominasi drama-drama terkini. Cantik-cantik dorang ni kan..

sumber: maskulin.com

“Itu Hak Dia”- Ben Amir Tak Kisah Uqasha Keluar Dengan Lelaki Lain.

“Itu Hak Dia”- Ben Amir Tak Kisah Uqasha Keluar Dengan Lelaki Lain.

“Sejak dulu, saya tidak pernah mengiyakan gosip hubungan kami kerana menyangka ia sekadar usikan. Saya cuma menjelaskan kami rapat sebab saya memang tidak mempunyai ramai kawan perempuan.

“Kebetulan pula kami berdua boleh ‘ngam’ dan selesa berkawan. Tetapi, saya tidak kisah pun jika dia mahu keluar dengan orang lain. Itu hak dia.

“Setakat ini, saya sendiri terikat dengan jadual penggambaran drama bersiri. Jika ada hari senggang pula, saya lebih suka memerap di rumah dan tidur, sampai tak sempat cari kekasih.

Dalam soal cinta, saya enggan terburu-buru. Bagi saya, kenali dulu hati budi sebelum mendahulukan perasaan,” kata pelakon Ben Amir yang tidak kisah andai aktres yang dikaitkan intim dengannya, Uqasha Senrose, keluar dengan lelaki lain.

Katanya, pihak luar yang tidak mengetahui situasi sebenar menyalah tafsir persahabatan mereka sejak empat tahun lalu dan menggembar-gemburkannya sebagai ikatan cinta.

Bintang yang memegang watak Khairil atau Khai dalam drama bersiri 100 episod, ‘Cinta Tiada Ganti’ itu berkata demikian sebagai bukti mereka sekadar kawan.

Menerusi drama yang sudah pun tamat tayangannya, baru-baru ini, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 27, bergandingan dengan adik Uqasha, Nelydia Senrose, yang memegang watak Arabella.

“Saya memegang watak Khai yang menyayangi Arabella sepenuh hati. Dalam kisah itu, kami bercinta, namun saya dan Nelydia tidak kekok berlakon bersama kerana sudah saling mengenali.

“Walaupun julung kali digandingkan, kami cepat serasi di set hinggalah penggambaran yang memakan masa lebih sembilan bulan diselesaikan dengan sempurna.

“Apabila bekerja dengan pasukan yang menyeronokkan, tak terasa pun kita sedang bekerja. Malah, kadang kala saya berasa tidak sabar mahu memulakan tugas,” tuturnya.

 

“Bang Tali Kita Cabut Bang” – Scene Paling Epik, Penonton Tak Tahan Tengok Muka Zizan.

“Bang Tali Kita Cabut Bang” – Scene Paling Epik, Penonton Tak Tahan Tengok Muka Zizan.

Pelakon Zizan Razak menjadi perhatian netizen disebabkan babak paling epik dalam filem sekuel Polis Evo

 

Babak itu memaparkan aksi lucu Zizan yang bersahaja ketika berdepan dengan pihak lawan.

Bait ayat “Bang tali kita cabut bang, tolong ikat tali kita ni,” telah pun menjadi ayat parodi netizen.

Paling ‘best’ apabila ayat itu dituturkan dalam loghat Terengganu.

Zizan juga berkongsi sedutan babak berkenaan menerusi akaun instagramnya hari ini.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya menyukai dan tidak boleh ‘move on’ dengan babak tersebut.

“Hahah part ni saya pecah perut bang. By the way Polis Evo 2 memang terbaik,” tulis @achai_13

“Tadi baru pergi tengok, bergegar panggung wayang suka part ni, haha terbaik Zizan” coret @fartika_ika

“Selok kak suka, sampai ke anak-anak duk suka etek. Gego panggung memang tk boleh move on,” komen @norhamizayusof.

Selain Zizan, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!

Foto: Instagram @zizanrazak869

kredit: Astro Gempak